Peringatan.......

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Renungan

Saturday, March 26, 2011

Sa’ad dikahwinkan dengan bidadari dari syurga...

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir
sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Segala Pujian atas segala nikmat-Nya dan berdoa kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya. Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Insyaallah, pada kali ini sama-sama kita menghayati kisah seorang tokoh Islam yang bernama Sa’ad bin Assulami., kisah ini sumbernya saya dapat daripada seorang sahabat yang memberikannya… Moga kisah ini membawa ilmu manafaat dan pengajaran buat kita semua…amin..

ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?”


Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”


Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”.

Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?”

Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.” 

Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?”

Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”

Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah. 

Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh. 

Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?”

Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”

Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.

Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.”

Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham.

Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu! 

Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!”

Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”

Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.

Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”

Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir. 

Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”

Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid. 

Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya. 

Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”



Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?” 

Maka Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”

Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?”

Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. 

Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”

Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.

Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu.

Saturday, March 19, 2011

Mukjizat Surah-Surah Al-Quran

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam. Tiada tanding bagi kekuasaan-Nya dan tiada penghalang bagi putusanNya. Selawat dan salam semoga selalu terlimpah pada sang penutup para nabi, penghulu para rasul, wasilah keridhaan Allah, dan kekasih Allah, Muhammad s.a.w. serta pada keluarganya yang suci, mulia dan mendapat cahaya petunjuk.
Di antara anugerah dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia ialah diutuskan para rasul sebagai pemberi khabar gembira dan penyampai ancaman serta diturunkannya  kitab-kitab dan suhuf kepada mereka sebagai cahaya petunjuk untuk menerangi jalan manusia menuju kesempurnaan serta membawa mereka mencapai petunjuk dan kebaikan yang utama.
Insyaallah pada coretan kali ini, ingin saya kongsikan  sedikit ilmu yang telah saya baca daripada buku Mukjizat surah-surah Al-quran karangan Haidar Ahmad al A’raji. Buku ini banyak menyingkap khasiat 114 surah menurut Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya.. Antara beberapa surah yang dapat saya kongsikan pada kali ini, insyaallah….


Antara surah-surahnya ialah:

1)      Surah Al-Fatihah
Barangsiapa membacanya, seakan-akan dia membaca dua pertiga Al-quran dan dia akan diberi pahala sebagaimana orang yang bersedekah kepada setiap orang mukmin.

2)      Surah Al- Baqarah
Barangsiapa membaca surah ini akan mendapatkan pahala sebagaimana orang yang berjuang di jalan Allah dan kelak pada hari kiamat kepalanya akan dinaungi oleh sesuatu seperti awan.

3)      Surah An Nisa’
Barangsiapa membaca surah ini, ia akan terselamat dari himpitan kubur.

4)      Surah AT Taubah
Barangsiapa membaca surah ini, dia akan terselamat dari sifat-sifat kemunafikan selama-lamanya.

5)      Surah Yusuf
Barangsiapa membaca surah ini, pada hari kiamat akan dibangkitkan dalam keadaan tampan seperti tampannya Nabi Yusuf as., tidak akan merasakan ketakutan dan akan termasuk golongan hamba-hamba Allah yang soleh.

6)      Surah Ibrahim
Barangsiapa membaca surah ini, dia tidak akan tertimpa kemiskinan, penyakit gila dan bala bencana.

7)      Surah Al Kahfi
Barangsiapa membaca surah ini, dia tidak akan mati kecuali dalam keadaan syahid serta Allah SWT akan membangkitkan dan mengumpulkannya bersama para syuhada.

8)      Surah Maryam
Barangsiapa membaca surah ini, dia tidak akan mati kecuali apa yang dia kehendaki untuk dirinya, anaknya, dan hartanya telah terpenuhi, serta kelak di Hari Kiamat dia akan menjadi salah satu sahabat Nabi Isa as.

9)      Surah An Nur
Barangsiapa membaca surah ini, tidak satu pun anggota keluarganya akan melakukan zina hingga dia meninggal, dan jika dia meninggal, jasadnya akan dihantar oleh 70 ribu malaikat yang semuanya terus mendoakan serta memohonkan ampunan baginya hingga masuk ke liang kubur.

10)  Surah Al Mulk
Orang yang membaca surah ini sebelum tidur akan selalu berada dalam lindungan Allah Azza wa Jalla hingga pagi hari, akan terselamat dari siksaan kubur, dan akan selamat pada Hari Kiamat hingga ia masuk syurga.


P/S: Buat sahabat-sahabat yang dikasihi…dan juga diri ini lagi lemah yang memerlukan tarbiyah yang berterusan…., jadilah kehidupan kita minat dalam membaca dan memahami isi kandungan ayat Al-quran. Seterusnya mengamalkannya….Cubalah kita menjadi orang yang mengajar, orang yang belajar, orang yang mendengar…jangan sesekali menjadi orang yang keempat..orang yang tidak memberi manafaat pada dirinya sendiri dan tidak memberi manafaat kepada orang ramai…sesibuk mana pun kita…jangan kita tinggalkan Al-Quran…Jadilah kita sentiasa dalam keadaan belajar..moga-moga dengan keadan kita yang sentiasa belajar..Allah SWT  sentiasa mengampunni kesalahan dosa-dosa kita…Amin..amin..amin..

Wednesday, March 16, 2011

MUSLIMAH TERAKHIR

Muslimah.dengarilah kalian..
Dalam kita mengharungi liku- liku kehidupan..bermacan-macan berita yang kita dengar dan lihat...bagaimana ramai wanita-wanita membiarkan diri mereka menjadi fitnah pada kaum adam. Begitulah rendah maruah mereka sehingga sanggup menyerahkan maruah mereka pada kaum lelaki...sedarkah kamu wahai wanita..kamulah wanita yang patut dibanggakan..dimana Nabi mengangkat martabat kaum wanita....bagaimanapula Saidina Uthman ishtiharkan perang bagi menyelamatkan kaum wanita...jadilah kita muslimah yang mampu mengoncang dunia untuk menegakkan syiar agama...jagalah maruah kamu...sesungguhya perempuan yang solehah lebih mahal dari isi dunia...


Tidak rindukah kita untuk menjadi bidadari syurga...janganlah kita menolak tawaran untuk menjadi bidadari syurga, semata-mata kita ingin menjadi bidadari dunia yang bersifat sementara...
renungilah muslimah...dirimu begitu berharga buat muslimin yang beriman..jagalah dirimu sebaik-baiknya...kerana dirimu jua yang akan menjadi sayap kiri buat muslimin...penyayangmu yang mampu membelai dan mendidik anak-anak untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah..

Jadikanlah kita semua...menjadi muslimah terakhir yang mampu kita memasuki syurga akhirat yang kekal buat selama-lamanya.....

Wahai bidadari berhati mujahidah, sematkan KITABULLAH wa SUNNAH di hatimu, kilaukan pedang JIHAD di tanganmu, biarkan musuh-musuh dan Taghut itu gentar, agar SYAHID jadi kafanmu, agar suatu hari tiba saat malaikat, burung-burung suci, kasturi mewangi mengiringi Ruhmu, pergi mendapatkan RABBmu nun di Taman Hijau Tertinggi.


Wahai muslimah.... kecintaan kita, bukanlah kecintaan yang boleh menyebabkan diri dihumban ke neraka...tetapi kecintaan kita adalah kecintaan yang membawa kita bertemu denganNYA...janganlah kita berputus asa...ingatlah sentiasa dalam kita menjalani kehidupan..jadilah sentiasa seorang muslimah sejati... 
أنَّ اللهَ يَقُوْلُ يَوْمَ الْقِيَامَةَ أيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلاَلِيْ الْيَوْمَ أظَلَّهُمْ فِيْ ظِلِّيْ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلِّيْ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR. Muslim; Shahih)

Bidadari
Temanilah resahku
Bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga
Tajuk Nasyid : Bidadari
Artis : Munif Ahmad ( Hijjaz )
Album : Riwayat Bidadari Syurga