Peringatan.......

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Renungan

Thursday, December 23, 2010

Imam Syafie....

Pada kali ini...insyaallah tergerak hati ini ingin berkongsi cerita mengenai seorang ulama' yang terkenal iaitu  Imam Syafie...sebelum menceritakan apa yang diwasiat imam syafie sebelum pulang ke Rahmatullah... mari kita sama2 mengetahui siapa sebenarnya imam Syafie....

Imam Syafie seorang anak yatim yang tidak sempat menikmati kasih sayang bapanya. Dalam penjagaan ibunya yang miskin, beliau dididik dengan semangat ketabahan, kesabaran dan keimanan yang kukuh. Dengan berbekalkan semangat perjuangan yang tinggi, beliau mengembara merentasi padang pasir, menempuh terik mentari dan kedinginan malam demi mencari ilmu pengetahuan.

Imam Syafie dikenali sebagai pengasas mazhab Syafie yang menjadi ikutan di beberapa negara Arab dan Asia Tenggara. Ilmunya yang luas dan sifat waraknya merupakan catatan emas dalam lebaran sejarah islam. Beliau menganggap segala sesuatu yang terpancar daripada kalbu dan pemikirannya, merupakan milik umat untuk direguk dan dinikmati bersama.


WASIAT IMAM SYAFIE.......


1) Hak kepada diri
    Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2) Hak kepada Malaikat Maut
    Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3) Hak kepada kubur
    Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4) Hak Kepada Munkar dan Nakir
    Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5) Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat).
    Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6) Hak kepada Sirat (Titian yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
    Iaitu: Membuang tabiat mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7) Hak Kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
    Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8) Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
    Iaitu: Berasa redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9) Hak kepada Nabi SAW.
    Iaitu: Berselawatr ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah SWT.

10) Hak Kepada Allah SWT.
      Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.




Semoga diri ini dan kita semua dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang amat berguna ini....Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNYA ke atas roh Imam Syafie.


     Amin Ya Rabbal Alamin.....

3 comments: