Peringatan.......

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Renungan

Monday, December 6, 2010

Syahid Yang berjalan Di Bumi

Assalamualaikum pada semua...telah lama tinta basah tidak mengalir dalam blog ini, disebabkan masa yang tidak mengizinkan...Insyaallah di saat ini..saya ingin berkongsi sebuah cerita yang di petik dalam buku Ajaib, Aneh dan Mencuit Hati daripada pengarang Abu Hikmah Al Husni. Cerita ini membawa pengajaran yang besar pada kita semua...Moga Kita semua tergolong dalam kalangan orang yang Pemurah dan Dermawan..Amin...

     Pernahkah kita melihat yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Beliau adalah salah seorang dari kaum muslimin yang kaya-raya, tetapi pemurah dan dermawan. Isterinya bernama Su'da binti Auf.

   Pada suatu hari isterinya melihat Thalhah sedang bersedih dan duduk bermenung. Melihat keadaan suaminya, si isteri segera menanyakan penyebab kesedihannya, dan Thalhah menjawab, "Wang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan?" Maka isterinya berkata, "wang yang ada di tanganmu itu sedekahkan kepada fakir miskin".

   Maka disedekahkannya seluruh wang yang ada di tangan Thalhah tanpa meninggalkan sesen pun.

   Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah; "Aku bersahabat dengan Thalhah sama ada dalam perjalanan mahupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, makanan dan segalanya."

    Jaabir bin Abdullah berkata, "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta."

    Oleh kerana itu patutlah jika beliau digelari "Thalhah si dermawan", Thalhah si pengalir harta", Thalhah kebaikan dan kebajikan."

    Sewaktu terjadi pertempuran "Al-Jamal," Thalhah bertemu dengan Ali. Ali memperingatkannya agar ia mundur barisan paling belakang. Tetapi sebuah panah mengenai betisnya. Selepas peristiwa itu, ia segera dipindahkan ke Basrah dan tidak berapa lama kemudian kerana lukanya cukup teruk, ia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

   Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabatnya, " Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi maka lihatlah Thalhah."

P/S: Jadilah orang dermawan sebab orang yang dermawan hatinya akan selalu lapang dan jiwanya luas. Sedangkan orang yang kedekut, hatinya pengap dan nuraninya kotor.

No comments:

Post a Comment