Peringatan.......

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Renungan

Monday, June 27, 2011

Ikhlaskah KITA....

Bismillahirahmanirahim...

Ikhlaskah kita dalam melaksanakan sesuatu amanah??? Ikhlaskah kita dalam memberi bantuan derma @ sumbangan??? Ikhlaskah kita dalam melaksanakan dakwah untuk menegakkan syiar agama??? sama-sama kita fikir dan renungi..moga2 hati kita dididik ke jalan yang mensucikan hati..insyaallah...

Bukan mudah seseorang untuk mencapai keiklasan..keikhlasan perlu dilakukan dengan hati yang betul2 merasa tenang didalamnya…kadang2 kita selalu merungut..kadang2 kita macan melakukan sesuatu itu melalui keterpaksaan….

Andaikata itu berlaku dalam diri kita..cepat-cepatlah sedar… semoga ia tidak berterusan……..hadirlah dalam diri penuh keikhlasan..yakinlah setiap ujian dan cobaan yang Allah bagi ada hikmah di sebaliknya..

Mengharaplah hanya balasan daripada Allah..bukan daripada manusia..cintakan Allah s.w.t. sedalam-dalamnya..ingatlah kita hidup x lama..janji Allah pasti hadir..setiap yang bernyawa pasti akan mati…ikhlaskan diri..bimbing diri ke jalan yg benar…munasabahlah diri…kuatkan diri dalam mengharungi liku kehidupan..




Berpeganglah pada Al-quran dan sunnah Nabi…percayalah setiap diri kita yang mengharungi dugaan hidup ..pasti mengalami masalah keikhlasan…cukuplah Allah segalanya buat kita..

Antara Alamat Orang Yang Mengikhlaskan Diri…

1.       Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

2.       Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :

“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”

3.       Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.

4.      Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini.


5.       Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

6.       Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

7.       Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.



No comments:

Post a Comment