Bismillahirahmanirahim…..
Assalamualaikum….
Alhamdulillah….sudah lama jari ini tidak menari-nari dipapan computer…syukur kehadrat illahi kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengabdikan diri kepadaNYA…sedar tak sedar kita semua umat Islam dah memasuki 10 malam terakhir di bulan ramadhan… di mana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan….itulah Lailatul Qadar.
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan Lailatul qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada Lailatul qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Marilah sama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan:
· Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
· Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
· Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Moga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmat daripadaNYA…Ameen…